SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK AJIL

Program Pendidikan Khas Intergrasi  (PPKI) Sekolah Kebangsaan Ajil telah dibuka pada tanggal 1 Januari 2011 Keprihatinan dan komitmen padu dari pihak pengurusan SK Ajil bagi menyediakan program pendidikan khas telah dapat memenuhi kehendak murid-murid pendidikan khas. Tujuan program ini dibuka tidak lain dan tidak bukan adalah atas keperluan dan permintaan masyarakat setempat bagi memenuhi ke hendak murid-murid berkeperluan khas.
          Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak “luarbiasa”,iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,sosial atau emosi yang mana tidak mencapai tahap pertumbuhan dan penyuburan biasa,sehinggakan mereka tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.Justeru itu Program pendidikan khas telah ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak yang “luarbiasa”ini.
          Pada peringkat awal penubuhan,seramai 2 orang tenaga pengajar telah ditempatkan di program ini,iaitu cikgu Arizan binti Ismail selaku guru penyelaras ,cikgu Ahmad Shabri bin Mohd selaku penolong guru penyelaras dan seorang Pembantu pengurusan Murid.Seramai 5 orang murid iaitu 4 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan yang telah ditempatkan dalam satu kelas.Dua bilik darjah telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi tujuan aktiviti pembelajaran dan pengurusan program.
Setelah setahun beroperasi,kini (Januari 2012) PPKI SK Ajil telah menempatkan seramai 17 orang murid iaitu sebanyak 3 kelas yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan,5 orang guru iaitu 2 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan dan seorang pembantu pengurusan murid.Sehingga kini (Ogos 2012) PPKI SK Ajil telah menempatkan seramai 19 orang murid iaitu sebanyak 3 kelas yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan,5 orang guru iaitu 2 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan dan dua orang pembantu pengurusan murid. Di antara kategori murid pendidikan khas yang ditempatkan di sini ialah murid bermasalah pembelajaran atau lewat perkembangan,Sindrom Down,Disleksia,Autisme dan cacat fizikal.
 Kaedah pembelajaran program pendidikan khas adalah berbentuk fleksibel,iaitu mengikut potensi,kemahiran, bakat dan kehendak murid-murid ianya tidak bertumpu kepada bidang akademik semata-mata.Keperluan,kehendak,bakat dan kemahiran murid pendidikan khas adalah berbeza-beza antara satu sama lain.Selain aktiviti  di dalam kelas,pendidikan luar bilik darjah juga telah dirancang bagi membantu memenuhi kemahiran motor halus dan motor kasar, kehendak,minat,potensi diri membuka minda dan memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid.Antara aktiviti luar yang pernah dijalankan ialah aktiviti terapi jogging,terapi bowling,rekreasi dan berkhelah,perkhemahan,sambutan harijadi ,lawatanbermaklumat dan kem bestari solat.Di samping itu,program pendidikan khas juga telah mengadakan pelbagai bentuk pertandingan bagi mencungkil bakat dan potensi murid-murid istimewa. Sehingga kini murid-murid  istimewa  SK Ajil telah menyertai pertandingan majlis tilawah Al-Quran dalam acara tilawah al-quran,hafazan,nasyid dan azan subuh.Seorang murid telah Berjaya mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri dalam acara azan subuh dan telah Berjaya mendapat tempat Ke-3 diperingkat Negeri Terengganu.
Sehingga kini,ternyata penubuhan program pendidikan khas integrasi telah banyak membantu dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid istimewa.Sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah dan masyarakat setempat telah memantapkan lagi visi dan misi penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK  Ajil.Semoga program pendidikan khas integrasi akan terus maju dan dapat memberi sumbangan yang besar terhadap negara.