KENALI ANAK-ANAK ANDA



Adakah-anak-anda-mempunyai-ciri-ciri  murid berkeperluan khas???

Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan ini salah!.

Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.

Ini kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.


Kanak-kanak berkeperluan khas

McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gengguan tingkah laku)

Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-

1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)

Masalah Pembelajaran

Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:-

1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)

Ibu bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.

Banyak keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.

SK Ajil , Hulu Terengganu menawarkan tempat bagi anak-istimewa ini untuk belajar. Kelas yang ditawarkan ialah:-

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


Sila hubungi Pejabat sekolah untuk maklumat lanjut
09-6861154